AMPANG: Sejumlah lima kenderaan yang diletakkan di tepi jalan di kawasan taman perumahan di Taman Melawati di sini mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang susulan hujan lebat pada Khamis.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 8.35 malam.
"Sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Norazam berkata, tiga batang pokok telah tumbang menghempap lima buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan susulan hujan lebat.
"Kita mendapati dua buah kereta Perodua kancil, sebuah Toyota Unser, sebuah Perodua Myvi dan sebuah kereta Audi dihempap pokok.
"Kerja-kerja memotong sedang dilakukan oleh pihak bomba. Kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan juga struktur rumah," ujarnya.
Dalam kejadian berasingan, Norazam berkata, pihaknya turut menerima panggilan berkaitan kejadian pokok tumbang menghempap sebuah kereta Proton Exora di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
"Kita menerima panggilan pada jam 9.34 malam, seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bergegas ke lokasi.
"Kerja pemotongan dan pembersihan sedang dilakukan oleh pihak bomba, kejadian itu juga tidak melibatkan mangsa," katanya.
Norazam berkata, sebelum itu Balai Bomba dan Penyelamat Selayang telah menerima panggilan berkaitan kejadian pokok tumbang telah menghalang jalan besar menghala ke Rawang pada jam 8.07 malam.
"Kerja pemotongan pokok berkenaan dan dialihkan ke tempat selamat telah selesai," katanya.
Norazam berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Pandan juga telah menerima panggilan kejadian pokok tumbang menghalang Jalan Kolam Air di Taman Melawati pada jam 9 malam.
"Sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera telah pergi ke lokasi. Kerja-kerja memotong dan mengalihkan sisa pokok sedang dilakukan oleh pihak bomba.
"Kejadian itu juga tidak melibatkan struktur bangunan, kenderaan dan mangsa," katanya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 16 2022
Dua kenderaan yang diparkir di tepi jalan rosak akibat dihempap pokok tumbang di Taman Melawati pada Khamis. Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memotong pokok yang menghempap sebuah kenderaan. -Foto Sinar Harian
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian, tahfiz dilanjut - Amirudin
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian dan tahfiz di Selangor dilanjutkan.
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Buli pelajar: Polis rekod keterangan tujuh individu
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tujuh individu itu terdiri daripada tiga suspek dan empat saksi.
Akibat selisih faham, pelajar dibelasah senior
Beliau berkata, punca kejadian ialah disebabkan selisih faham tidak hormat antara mangsa dan sekumpulan pelajar senior Tingkatan Lima.
Remaja OKU ditinggalkan sendirian terjatuh dari apartment
Mangsa yang terjatuh ke atas kereta mengalami kecederaan di kepala dan menerima lima jahitan selain retak pada tangan.
Hujan lebat, lima kenderaan dihempap pokok
Norazam berkata, tiga batang pokok telah tumbang menghempap lima buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan susulan hujan lebat.
Mayat wanita warga asing ditemui berhampiran jejantas
Polis menemui mayat wanita warga asing berhampiran jejantas menghala ke Melawati Mall pada Ahad.
Empat lelaki diberkas disyaki terlibat kes pemerasan
Siasatan awal mendapati suspek telah meminta wang perlindungan setiap bulan dengan jumlah bayaran seikhlas hati.
Bekas ADUN Air Putih nafi cabul isteri orang, dakwa rakan berhutang RM200,000
Dia mendakwa laporan dibuat pasangan suami isteri yang tinggal di Taman Melawati itu hanya rekaan semata-mata dan bertujuan menjatuhkan reputasi serta mengaibkan dirinya.
Lesen latihan penerbangan My Heli Club digantung serta-merta - Ka Siong
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, penggantungan itu susulan dua insiden kemalangan membabitkan ketiga-tiga helikopter milik syarikat berkenaan baru-baru ini.
Ayah 'call' 9 kali, kami tak perasan... - Anak mangsa nahas helikopter terkilan
Farid Ridhwan berkata ketika itu dia bersama keluarga berada di rumah dan langsung tidak menghiraukan telefon.
Nahas helikopter Taman Melawati: Proses bedah siasat dijangka dijalankan esok - Keluarga mangsa
Proses bedah siasat ke atas jenazah mangsa insiden nahas helikopter dekat Taman Melawati tengah hari tadi dijangka dijalankan pada Isnin.